Salam maalhijrah, rindu keluarga 😢😭
Mikhail sekeluarga ingin memohon maaf kepada semua orang jika ada salah silap secara sengaja atau tidak sengaja. Ikhlas dari hati.
Terima kasih juga yang selalu support kami dari kami takda apa dulu.
Pada yang dah berkeluarga, hargailah pasangan masing masing. Hidup ni singkat. Sungguh. Jadi yang terbaik for each other. Bukan asyik gaduh cari salah je. Diri ni jahil. Tapi Kita usaha Kejar ilmu agama sama sama.
Takda kebaikan kita hidup di dunia untuk bermegah, sombong, rasa kita bagus. Kita ni kerdil je. Apa apa buat ikhlas kerana Allah.
Jangan terlalu taksub dengan dunia sampaikan sanggup ambil ilmu penunduk & lain lain untuk orang sanjung & dapat pangkat. Sanggup sihir untuk pisahkan pasangan kerana dengki orang lain bahagia. Tolong buka mata😢 sia sia apa yang awak buat tu. makan diri juga nanti. Benda yang memang SESAT LAGI MENYESATKAN. Janganlah ikut nafsu hasad dengki iri hati. Redha dengan takdir sendiri. Semua orang boleh bahagia.
Pada perempuan pula sanggup ubah hidung etc untuk nampak cantik. Semata untuk dunia tengok dia cantik. Sedangkan Allah melarang mengubah ciptaanNYA.
Mulut pula jangan biasakan diri mengata. Rata rata di ig artist & lain lain, Astaghfirullah, ramai sungguh support each other untuk mengata seseorang yang dorang hanya kenal melalui social media.
Moga rezeki kita , kerja kita & perniagaan kita diberkati & beri banyak manfaat pada orang ramai @larverkrasivyy 🤲🏻💖
Ampunkan kami ya Allah. Moga kita semua direzekikan Husnul Khatimah.
Aamin YRA.